pada malam 24 mei 2012, bertempat di perumahan pantai permai, Pantai Dalam, ceramah PR diganggu lagi.ini mengulangi kejadian hampir serupa di Melaka.
punca SEBENAR kejadian ialah KETAKUTAN UMNO terhadap kehilangan kuasa.pendapat aku ini disokong oleh tindakan pihak PDRM dan DBKL mengeluarkan permit untuk satu lagi ceramah diadakan betul-betul bersebelahan tapak ceramah PR.jarak antara kedua-dua ceramah cuma dipisahkan oleh pagar perumahan.kalau ikut logik akal kita, tidak mungkin ini berlaku.tapi bila melibatkan UMNO, apa saja boleh berlaku.siapa lagi yang boleh luluskan permit sebegini?
kronologi gangguan penyokong upahan UMNO terhadap ceramah PR :
1) Pintu masuk utama ke perumahan Pantai Permai dihalang penyokong upahan UMNO.kenderaan tanpa pelekat penduduk dilarang masuk.
2) sewaktu YB Nurul Izzah memulakan ucapan, cable power telah dipotong.ceramah disambung semula 15minit kemudian
3) sewaktu DS Anwar berucap, penyokong upahan UMNO melontar batu dan telur ke arah hadirin.seorang warga emas yg duduk dihadapan khemah penceramah cedera teruk akibat terkena lontaran batu.kejadian memaksa Anwar keluar dari khemah dan mencabar penyokong UMNO membaling beliau.beliau menyambung ucapan di tengah2 hadirin yang hadir.sila lihat clip
Youtube.
4) setelah majlis berakhir, kereta YB Khalid Samad juga menjadi mangsa.
Kesimpulan dari peristiwa -
1) UMNO terdesak sangat2 dah.andai pilihanraya adil dijalankan, Barisan Nasional akan terkubur.
2) PRU13 akan tercatit dalam sejarah negara sebagai pilihanraya paling ganas.nantikan kalau tak percaya.
sorotan gambar
kedudukan khemah kedua-dua ceramah.kurang 30mtr
penyokong upahan UMNO menghalang lalulintas menyebabkan kesesakan
suasana khemah UMNO di awal acara
suasana khemah PR di awal acara
khemah UMNO pada waktu puncak, Umi Hafilda mencarut-carut.
waktu puncak di khemah PR, DS Anwar berucap tentang halatuju ekonomi dan politik negara
aku hampir terkena telur akibat mengambil gambar penyokong upahan UMNO.kena kaki seluar.
kehadiran Polis yang mengawal keadaan tetapi membiarkan penyokong upahan UMNO melontar telur, batu dan botol air ke arah hadirin ceramah PR.
hadirin di khemah UMNO berpaling tadah, ramai terkejut ada makhluk sehina Umi Hafilda
cable bekalan yang dipotong penyokong upahan UMNO
seorang warga emas yang cedera teruk di kepala, terkena lontaran batu (atau ballbearing)
seorang brader terkena balingan telur, rilek je dia.
pak cik (dpn pakcik berkopiah putih) juga terkena telur
Umi Hafilda terus melalak-lalak dihadapan kerusi-kerusi kosong