BANGKIT!!!

duduk diam takkan mengubah apa-apa.
berdekad-dekad duduk diam, sudah-sudahlaa..
bukan angkat senjata, tapi julang maruah kita.
yang selama ini dihinjak penguasa.

Wednesday, 15 August 2012

DAP tolak hudud

DAP tolak hudud sebab mereka tidak faham.
yang UMNO, parti yang memerintah tak pernah cuba laksana hudud apa cerita.
kata melayu, kata Islam..



Tuesday, 26 June 2012

Najib Razak : Ikhawanul Muslimin Pengganas?

baca selanjutnya di------> sini

dan sekarang DS Najib Razak terpaksa menelan balik kata-katanya.

seluruh dunia sedang memberi 'hint' kepada regim BN
satu dunia sudah bersedia

bersedia menjatuhkan 'false democrat' 

RM108 Juta Untuk Lebuhraya Di Terengganu

petikan Sinar Harian
berita penuh di------> Sinar Harian



Jom belajar matematik mudah
saya janji mudah.
tiada pengamiran atau pembezaan.
tiada persamaan terbitan atau kaedah berangka.
darjah 1 pun boleh paham.

Soalan:
Mat Said ingin membina satu lebuhraya sepanjang 14 kilometer.
Mat Said kata lebuhraya itu bernilai RM108,000,000.00.
Berapakah kos bagi setiap 1 kilometer lebuhraya tersebut?
.
.
.
.
.
.
teeetttttttttttttt.masa dah tamat!
whoooaaa,ramai yang dapat menjawab dengan tepat
RM7.714 Juta sekilometer

soalan berikutnya :
Selepas lebuhraya ini siap, syarikat konsesi yang dilantik akan mengutip tol selama berpuluh-puluh tahun, biasanya 30 tahun mengikut perjanjian dengan kerajaan.
Siapakah sebenarnya yang terpaksa menanggung kos RM108 Juta ini?
.
.
.
.
.
jawapan tak disediakan.pikirlah sendiri.



kalau ikut harga ini, maka ini akan menjadi antara lebuh raya paling canggih di dunia.
kalau tak canggih, maknanya lebih separuh dari kos ini dah masuk poket perompak-perompak terhormat.
dan kita membayar, dari poket kita ke poket perompak-perompak terhormat ini.


cuma satu saya nak kata
.
.
.
.
.
.
PUNDEK!
itu yang selayaknya.

Monday, 25 June 2012

Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus dan Dr MAZA musuh UMNO?

Tajuk dengan 'tandasoal' dihujung ayat memang gemar digunakan oleh Utusan Melayu No Otak (UMNO)
Rujuklah semua blog pro-BN
takkan ada satu pun yang memuji transformasi anak muda oleh ustaz-ustaz ini.
semua dituduh sesat lagi menyesatkan.


lihat saja Ustaz Azhar Idrus, bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya.
sedangkan kita sendiri mampu meluhat sumbangan beliau dalam membawa anak-anak muda mendekatkan diri dengan masjid dan diskusi agama.

sumber KelantanTV


Lihat pula Ustaz Don Daniyal.
berjaya memujuk anak-anak kecil belajar asas agama melalui penyampaian beliau.
tapi puak UMNO tak senang dengan kemunculan ustaz-ustaz begini.
kerana mereka sudah cukup sedar yang mereka sesat.
cuma godaan dunia gula-gula UMNO memaksa mereka membutakan hati mereka untuk menjulang kebenaran.
sumber KelantanTV


Berbeza dengan Ustaz Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA)
pandangan puak UMNO tentang beliau berbeza-beza mengikut pendapat yang beliau utarakan.
kalau pandangan beliau nampak pro-BN, maka habislah dijaja hingga ke Buletin Utama.
diletakkan di 'frontpage' Utusan Melayu.
bila pandangan beliau ampak pro-PR, maka terus beliau dijatuhi hukuman 'sesat'.
begitulah peel puak-puak UMNO yang berjuang demi perut.

sumber ADDIN
Ustaz-ustaz ini dimusuhi UMNO kerana hubungan mereka dengan seorang yang mereka gelar 'bapak Kafir'
sedangkan mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri.



Teringat cerita seorang muallaf, pilot yang membawa jenazah Ustaz Fadzil Noor.
sepanjang penerbangan, awan mendung berarak melindungi pesawat.
dan lautan manusia berarak mengiringi jenazah.
keranda di'pass'kan dari tangan ke tangan sehingga ke liang lahad.
Subhanallah..

Sunday, 24 June 2012

Kenyataan Penuh Rafizi Ramli Berhubung Perletakan Jawatannya

Keputusan peribadi saya untuk menarik diri dari jawatan di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor telah diperbesarkan oleh media Umno bahawa kononnya ia petanda wujud keretakan di dalam pentadbiran Kerajaan Selangor yang ditunjangi KEADILAN.

Saya telah menjelaskan seawal minggu lepas bahawa ia keputusan peribadi yang telah lama saya rancang demi menumpukan perhatian sepenuhnya kepada usaha KEADILAN dan Pakatan Rakyat menumbangkan Umno/Barisan Nasional.
Saya mula-mula menyatakan hasrat untuk menarik diri dari pentadbiran Kerajaan Selangor dalam bulan Oktober 2011 semasa KEADILAN mula menumpukan perhatian serius membongkarkan penyelewengan NFC. Memandangkan tarikh pilihanraya umum belum jelas ketika itu, saya diminta menangguhkan hasrat itu.

Kini, pembubaran Dewan Rakyat perlulah dibuat dalam tempoh kurang dari satu tahun. Dengan kepastian ini, saya yakin masa dan tenaga saya lebih baik ditumpukan kepada usaha merancang kempen KEADILAN dan menyusun strategi menghadapi pilihanraya.

Apatah lagi apabila pentadbiran Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim adalah utuh dan telah mempamerkan pencapaian cemerlang setakat ini.
Oleh yang demikian, saya sekali lagi menegaskan bahawa perletakan jawatan ini adalah satu tindakan biasa yang juga dilandaskan pada asas moral kerana seorang ahli politik tidak wajar dibayar gaji dari wang rakyat apabila tumpuannya cenderong kepada aktiviti politik partinya.

Malang sekali, konsep kebertanggungjawaban sebegini tidak wujud di dalam Umno/Barisan Nasional.

Saban hari, Umno/Barisan Nasional menggunakan jawatan dan kemudahan kerajaan yang ditanggung oleh rakyat untuk membayar pimpinan dan aktivis mereka; sedangkan keseluruhan masa digunakan untuk berkempen politik bagi parti mereka.

Contoh penyelewengan wang rakyat sebegini ialah kehadiran lantikan politik di jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan sedangkan mereka bertugas untuk Umno/Barisan Nasional.

Malah, sebuah jabatan khas iaitu JASA ditubuhkan semata-mata untuk membayar gaji pimpinan dan aktivis Umno/Barisan Nasional yang kemudiannya digunakan sepenuhnya untuk berkempen politik.

Sudah menjadi budaya Umno/Barisan Nasional bahawa seorang pemimpin berebutkan jawatan politik untuk mendapat tempat di dalam kerajaan dan menikmati habuan lumayan sedang mereka tiada sumbangan kepada kerajaan.

Oleh sebab itulah, Umno/Barisan Nasional cepat-cepat memutar belitkan tindakan saya menarik diri dari Kerajaan Selangor kerana mereka berfikiran budaya politik di dalam KEADILAN sama seperti yang diamalkan mereka.

KEADILAN adalah sebuah parti reformasi. Budaya politik kami berbeza dan saya cukup tidak selesa menerima gaji dari tabung rakyat apabila tumpuan saya lebih kepada kerja politik. Selain mahu menumpukan sepenuhnya kepada usaha menumbangkan Umno/Barisan Nasional, saya juga mahu terus kekal dengan perjuangan reformasi yang memisahkan kerja politik dari dana rakyat.

Rakyat akan dapat menghakimi sendiri putar belit Umno/Barisan Nasional ini apabila saya makin lantang membongkarkan rasuah dan penyelewengan mereka.

Hari ini bermula siri pendedahan besar berhubung Projek LRT Ampang yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri.

Esok saya akan mula duduk berbincang dengan Cik Faekah Hussin untuk meneliti semula fail-fail penyelewengan yang berlaku di Selangor semasa pentadbiran Umno dahulu, sebagai menyahut seruan pimpinan Umno agar saya membongkarkan penyelewengan yang berlaku di Selangor.

Oleh kerana penyelewengan yang berlaku hanyalah semasa Umno memerintah, maka senanglah saya menumpukan sepenuh perhatian menyiasat penyelewengan ini seperti yang diminta mereka.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
25 JUN 2012 







admin :
pemimpin UMNO tentu tak mampu berpikir macam ini kerana budaya politik mereka yang menjarah harta rakyat.
menggunakan duit rakyat untuk diri sendiri menjadi motivasi utama pimpinan UMNO dalam perjuangan mereka.
Jadi, orang yang bersih hati dan pemikirannya seperti saudara Rafizi ini akan diserang habis-habisan.


jaga-jaga.....

Saturday, 23 June 2012

FAKTOR UTAMA Bekas KSN Tan Sri Sidek Hassan dilantik sebagai Pengerusi PETRONAS

PM Malaysia telah umumkan bahawa Bekas KSN Tan Sri Sidek Hassan dilantik memegang jawatan Pengerusi PETRONAS.

buat yang tidak kenal, ini rupa SIDEK HASSAN
 cuba intai
cuba tanya pada hati
layakkah sosok ini memegang amanah untuk menguruskan berbillion-billion duit PETRONAS?
APAKAH KEJAYAAN BELIAU SEPANJANG BERKHIDMAT DENGAN KERAJAAN?
BERAPAKAH HASIL KEPADA NEGARA YANG TELAH DI BAWA BELIAU?
tolong kami, bantu kami untuk sama-sama melihat kejayaan beliau sehingga layak dinobatkan sebagai PENGERUSI PETRONAS.




 kerana dari carian kami, tidak sedikit pihak yang pertikaikan.
bukan sebagai Pengerusi PETRONAS,
Malah sebagai KSN pun beliau telah menghuru-harakan seluruh kakitangan kerajaan


di dalam kerajaan Najib sendiri pun mempertikaikan perlantikan ini.
jadi kenapa?
kenapa DS Najib membuat keputusan ini?



kemungkinan,
.
.
.
.
.
.
jawapannya ada di sini----->wikipedia
owh...sekampung rupanya :)


Friday, 22 June 2012

Blogger pro-BN Gaduh Sesama Sendiri Sebab Duit

Bila perjuangan tidak ikhlas kerana kebenaran, inilah jadinya.
Bila semuanya demi duit, inilah padahnya.
Sememangnya perjuangan mereka boleh dijual-beli.
Semuanya ada 'pricetag'
Timbul iri, timbul tak puas hati.
Dan akhirnya, membuka pekung sesama sendiri.




petikan blog Papagomo

teks penuh :

Nie Jawapan Double Y Pulak Kat PapaGomo Pasal "Tak Mengenang Budi"... 


Semalam gua dah kuarkan jawapan daripada blogger APA bila PapaGomo mempersoalkan tentang APA yang tak mengenang budi dengan apa yang telah Gomo curahkan... (Gomo nie plak tau ker mengenang budi orang lain....) Hari nie gua kuarkan plak jawapan kepada semua tohmahan terhadap YuseriYusoff a.k.a Double Y [STORY PENUH KLIK SINI] tentang dia pun tak "MENGENANG BUDI" macam blogger APA... 


Gua nak tanya skit kat Gomo nih... Lu dok sebok kata orang tak mengenang budi lu... Lu pernah ker kenang budi orang lain... Lu nie spesis "BIAWAK" lidah bercabang... Kat depan kata lain... Kat belakang citer lain... Citer lu tak mengenang budi apa yang lu dapat masa PRK Tenang tuh lain kali ler gua story... Kat Pengerusi UMB yang lu dok kutuk nie ler yang lu dapat... ish! Payah gak nak cakap... Takut "back-fired" balik kat UMNO ngan BN nanti...

Buat 'SIFU' saya, usah risau atau gundah gulana. Saya akan menjawab satu-persatu 'NIAT' baik PapaGomo sebagaimana beliau nyatakan.

Qoute PapaGomo :

1) Tidak mahu wang UMNO dibazirkan.
Program Konvesyen Media Sosial apakah hasilnya setakat ini. Membazir ke tidak?

2) Elakkan UMB yang merupakan entiti UMNO dijadikan alat pemimpin tertentu.
UMB tidak terlibat menjadi alat bagi menghalalkan penyalahgunaan, penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pemimpin dalam UMNO. Bukan hari ini kata menteri 'PONDAN' esok lusa kata 'MANTAP'. Pendek kata puji bila ada imbuhan, keji bila imbuhan dihentikan.

3) Menghapuskan KASTA yang UMB selalu labelkan "Ini Orang UMB dan Ini Bukan UMB".
- Siapa yang wujudkan KASTA terlebih dahulu? Ingat balik peristiwa selepas Pilihanraya Sarawak. (SIAPA NAIKKAN LOGO "KAMI BUKAN BLOGGER UMB!"

4) Memastikan semua pejuang maya meraih hasil yang sama rata sama rasa mengikut tugas yang dipertanggungjawapkan dan kekuataan Blog tersebut. -
Ayat macam Anwar Ibrahim "sama rata, sama rasa" - NFC berapa sebenarnya jumlah diperolehi tetapi berapa pula jumlah yang diterima oleh bloggers yang terlibat membantu menjawab isu NFC? (The Untold Story ketika pertemuan saya dengan individu yang menguruskan operasi NFC di Restoran Meatworks - nak tahu tak?)

5) Tidak memilih puak dalam pemberian bantuan baik dari kewangan ataupun kelengkapan. "Orang UMB layak Bukan UMB tak layak".
Sudah-sudah la rekayasa fitnah sahabatku PapaGomo. UMB bantu selagi termampu tanpa meletakkan sebarang syarat jika ada blogger yang berhadapan masalah. Tak percaya? [KLIK & BACA SAMPAI HABIS].

6) Dahagakan kekuatan sebenar pejuang maya untuk disatukan tampa mengira fahaman asalkan terus menyokong Kerajaan BN.
Siapa yang tidak mahu bersatu, siapa yang bersikap berlagak sombong, siapa yang menepuk meja di hadapan pemimpin, siapa yang menyindir, mengutuk, menghina, mengfitnah bila ada blogger yang mengaku mereka UMB?

Siapa yang sebaik sahaja bersalaman mengeluarkan kenyataan "dapat ke sarawak sebab jilat Tun Faisal, ingat gua pekak? Ada atau tidak saya sms ucapkan agar PapaGomo selamat ketika beliau ke Somalia? - Jika saya ingin amalkan perpecahan, buat apa saya sms lebih-lebih lagi cacian dan kejian yang saya terima?

Oh... sebelum terlupa siapa yang berlagak sombong ketika gua sapa di malam penghargaan UMNO kepada media selepas Perhimpunan Agung UMNO yang lepas hanya kerana beliau lengkap memakai vest berbutang tiga (mujur tak pakai riben macam Kadiq Sheikh Fadzir je. kah3!)

Bukankah UMB dilabel sebagai bloggers lembik oleh PapaGomo sendiri? (Nampaknya PapaGomo turut melabelkan kawan-kawan yang PapaGomo tahu berada di bawah UMB sebagai lembik. Bukan begitu?)

Lagi qoute PapaGomo :

"Tidak mahulah seperti kisah 2 orang Blogger yang dulunya dididik dan diberi makan oleh Gomo kini menjadi pencacai kepada seorang EXCO pemuda Umno".

Nyatakan bila kamu beri saya makan, di mana, berapa banyak - Seingat saya, saya hanya pernah makan sepinggan nasi ayam bersama dua lagi bloggers?

Tetapi jangan lupa pula siapa yang bayar di Old Town White Coffee. (lol macam budak-budak gua rasa layan qoute PapaGomo sedangkan kami sebaya kehkehkeh!)

Siapa yang hubungi saya setiap kali datang ke Bukit Bintang?

Apakah perlu kita berlagak sombong jika rakan call ajak minum sekejap?

Bukankah bekas Ketua Wira Perkasa turut bersama, dan selalunya beliau yang kena 'pau' sebab masa itu PapaGomo belum kaya seperti sekarang dan masih berkereta biasa-biasa sahaja.

Qoute PapaGomo seterusnya :

Dan inilah juga ketakutan apabila RAHSIA wang yang disonglap dan juga Projek yang dijaja kononya untuk membantu Blogger takut terdedah.

Dedahkan sahaja, memang sudah lama saya tunggu. Namakan siapa, jawatan apa, berapa jumlahnya. Selepas itu saya akan beritahu siapa sebenarnya yang melacurkan blogger.

Qoute paling best PapaGomo seterusnya :

Hari ini Double Y dan Aku Peduli Apa cukup hebat menyerang Papa Gomo. Ya mungkin sebab Gomo tidak mampu memberikan hasil wang ringgit tiap tiap bulan ataupun baju yang berlogo serta membawa bercuti ke sana kemari maka Gomo tidak menguntungkan.
Ololololo...

Sedihnya, nak nangis gua rasa bro...

Siapa yang bercuti naik Cruise sehingga ke Bali, Indonesia?

Siapa yang tukar kereta baru?

Siapa yang ada kondominium baru?

Paling gempak dan best dari PapaGomo :

adress Blog nya adalah Yuseri Yusof dan anda boleh tanya beliau siapa yang memberikan tunjuk ajar berblogg. Malah boleh tanya beliau sewaktu beliau hendak memulakan Blog siapa yang memberikan nasihat untuk memilih nama blog.

Benar, jika ikut PapaGomo waktu itu. Saya mungkin blogger yang tidak berwajah. Blogger yang menulis apa sahaja tuduhan serta fitnah tetapi tidak bertanggungjawab dengan penulisan saya.

Tetapi bagaimana cara berblogging, mengumpul maklumat, akses maklumat, serta mengupas isu rasanya langsung tiada AJARAN dari PapaGomo yang saya terima.

KANTOIIIII! Utk agama, bangsa dan negara konon....... kereta baru? kondo baru?

perghhh....



dan pendedahan seterusnya




3) Sumbangan Daripada GLC, Yayasan Dan NGO.


Terdapat juga GLC di atas nasihat konsultan dan pengamal media melaburkan sejumlah wang yang amat besar untuk mengupah blogger. Tender ini kebiasaannya dilakukan secara tertutup. Sebagai contoh, pada bulan Januari Felda Global Ventures telah menjemput blogger-blogger untuk memberikan sebutharga dan profil masing-masing bagi tujuan memerangi persepsi bahawa penyenaraian Felda akan merugikan peneroka. Blogger Big Dog dan rakan-rakan di dalam gabungan The Mole dan MyKMU telah berjaya dipilih di dalam tender bernilai ratusan ribu ringgit tersebut. Pembayaran pula diuruskan melalui Yayasan Felda dan Komunikasi Korporat Felda Global Ventures.


4) Peruntukkan Daripada Unit Media Baru (UMB).


Kelemahan Tun Faisal sebagai Pengerusi UMB mendapatkan peruntukan daripada parti disebabkan nama Tun Faisal sendiri telah diburukkan di kalangan Blogger Elitis yang menganggap Tun Faisal sebagai exco pilihan Khairy Jamaluddin (KJ). Selain itu, blogger menyokong Tun Faisal dianggap blogger ‘nyamuk’ dan ‘tiada kelas’ dan turut dihentam oleh Blogger Elitis ini seperti dialami oleh blogger umno-reform dan pirates of putrajaya. Dijangkakan walaupun bertukar pengerusi, Unit Media Baru (UMB) UMNO akan terus lemah kerana Blogger Elitis lebih suka berurusan dengan individu dan masing-masing mempunyai blogger baru dibawahnya dan sedia berkhidmat untuk sekeping dua not RM50. Blogger-blogger UMB lebih dihormati lawan di dalam Pakatan Rakyat (PR) kerana cuba mengelak menggunakan kata-kata kesat dan Tun Faisal sendiri sanggup duduk semeja dengan Hishammudin Rais bagi membincangkan peranan dan etika blogger.

Dua Kumpulan Blogger Dapat Habuan Lumayan.

Sepertimana tuan-tuannya di dalam UMNO, majoriti blogger UMNO gemar memainkan isu peribadi seperti seks, perkauman dan agama. Sebelum itu, kita kenali dahulu sedikit sebanyak blogger Elitis UMNO dan kecenderungan mereka. Bagi Blogger Elitis Penyerang Individu mereka biasanta berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan dengan sekurang-kurangnya empat individu penaja dengan setiap individu memberikan tidak kurang RM2,000 sebulan. Mereka juga diminta berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses sulit kepada laporan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Special Branch (SB) dan perisikan tentera yang dipermudahkan oleh individu berprofil tinggi yang menaja. Berkecenderungan memilih subjek Anwar Ibrahim dan serangan peribadi menggunakan isu perkauman dan Islam. Mereka juga jarang mengambil assignment melibatkan korporat kecuali melalui rujukan rakan dan wang tersebut telah tersedia. Antara blogger terbabit ialah Papagomo, Parpukari dan Gelombang Wangsa Maju.

Dua Blogger Pencacai UMNO yang dipercayai turut mendapat tajaan yang.
cukup lumayan iaitu seperti Si Papa Gomo (kiri) dan Si Parpukari (kanan).

Sementara itu bagi Blogger Elitis Penyerang Berkumpulan pula mereka juga berpendapatan melebihi RM25,000 sebulan secara individu dengan sekurang-kurangnya dua individu penaja menyumbang RM3,000 sebulan dan mengambil sekurang-kurangnya dua assignment korporat dan politik berkumpulan sebanyak RM250,000 setiap satu. Mereja juga berdaftar dengan Jabatan Perdana Menteri dan mempunyai akses kepada korporat dan pemain media utama seperti Utusan Malaysia, New Strait Times, TV3, Malay Mail dan sebagainya. Merekalebih gemar mengambil tugasan berkaitan korporat dan politik yang menguntungkan individu atau kumpulan tertentu dalam UMNO. Kumpulan ini juga demi keuntungan sanggup menghadap musuh untuk mengadakan kerjasama atau menjual software. Sebagai contoh, blogger big dog pernah bekerjasama dengan blogger Jeff Ooi dari DAP untuk menjual software kepada Kerajaan Pulau Pinang (Lim Guan Eng) dan blogger Rockybru atau Datuk Ahiruddin Atan bekerjasama dengan Malaysiakini untuk berkongsi maklumat. Antara kumpulan yang dikenalpasti adalah pakatan blogger BlogHouse Malaysia, pakatan The Mole, pakatan MyKMU, pakatan IsuPolitikSemasa dan pakatan Gelombang Wangsa Maju. Di antara pakatan ini, yang paling kaya adalah pakatan BlogHouse Malaysia dan The Mole yang berjaya mendapatkan jutaan ringgit assignment setiap bulan. Adakalanya Blogger Elitis Individu berasa bengang dengan kumpulan ini yang sanggup serang mana-mana individu UMNO atau tokoh korporat kerana upah yang lumayan. Selain itu, teknik mereka adalah untuk menyerang terlebih dahulu individu atau korporat tertentu dan kemudian datang kepada individu meminta wang jika tidak mahu dibongkarkan atau mahu perbetulkan persepsi orang ramai. Kumpulan ini juga anggap diri mereka terlalu otai, suka berada dikalangan individu berpengaruh sahaja, tidak turun padang dan tidak gemar bergaul dengan blogger-blogger nyamuk.






Nilailah sendiri.
Teringat lagu Pak Pandir, Yang Remeh Temeh

Wednesday, 20 June 2012

Isu SAR Taman Desa Aman - putar belit UTUSAN

Tujuan UTUSAN memilih tajuk begini adalah untuk menimbulkan persepsi negatif masyarakat.
kalau tajuknya ditukar 'Pas, PKR Bantah Projek Haram', tentu lain persepsinya.

baca putar-belit penuh di sini -------> lidah rasmi UMNO



pelajar diibaratkan 'ikan sardin di dalam tin'.jadi dipindahkan di khemah sementara.
Dewan Orang Ramai pulak dikosongkan untuk persediaan jentera pilihanraya UMNO.
bijak, bijak!

 isunya

1) mana signboard projek ini?
bina sebiji banglo pun ada 'signboard' yang menyatakan nama projek, kontraktor, no kelulusan PBT.
bina sekolah ke? bina reban ayam ke? bina markas UMNO ke? siapa yang tau, projek tanpa nama.
ini projek haram, seperti membina kubur besar untuk pelajar-pelajar SAR ini.PBT sepatutnya menhentikan projek ini.binaan ini sepatutnya PBT robohkan.renovate rumah tanpa kelulusan PBT pun boleh dirobohkan, inikan pula projek seperti ini.

2) mana pagar keselamatan (hoarding)?
mana-mana projek di malaysia ni mesti ada hoarding.untuk mengelak orang luar masuk ke tapak pembinaan.dah la tapaknya diatas padang awam, tempat masyarakat beriadah.kalau ikut peraturan PBT, hoarding ini perkara wajib sebelum kerja-kerja dimulakan.di luar hoarding, ada singboard utk bagitahu orang ramai ini projek apa.



kerana kerakusan UMNO menyalahguna harta awam, nasib pelajar-pelajar ini seperti bola.di tendang ke sana ke mari.daripada 200, hanya tinggal 80 pelajar.ADUN UMNO tunjuk muka konon simpati.padahal semua angkara dia sendiri.


Datuk Hamidah Osman,
satu saja yang saya nak kata.
.
.
.
.
.
.
.
.
PUNDEK!
itu yang selayaknya.

Tuesday, 19 June 2012

TUN MAHATHIR Bertambah Kaya - PETRON

kalau pecacai UMNO yang kata,
'aku bangga ada melayu yang kaya'
'dah depa pandai meniaga, memang la depa kaya.hang jeles pasai apa?'
'ah! melayu ni x abih-abih dengki tengok bangsa sendiri maju'
'korang ni memang tak bersyukur langsung'
'korang tak abis-abis nak membangkang'





rujuk link -----> Petron
dan ------> San Miguel


soalan saya,

siapa yang bertungkus lumus bekerja untuk sesuap nasi?
siapa yang setiap bulan pening kepala memikirkan hutang?
hutang yang tinggi.
kenapa jumlah hutang isi rumah malaysia ni tinggi?
kenapa kita perlu berhutang untuk membayar cukai kepada kerajaan (rujuk hutang kereta anda) ?



sedarlah, hutang yang kita tanggung setiap bulan untuk terus mengkayakan pemimpin korup.
dihulur pada kita secupak, diambil segantang
dinasihatkan kita berjimat, mereka boros.
kerana mereka tidak susah memeras kita.
memeras rakyat.

Friday, 15 June 2012

SYABAS saman SELANGOR RM1.05Billion - Isu Sebenar Air di Selangor

Kalau ikut muncung Noh Omar, memang kerajaan PR Selangor salah.
Kalau ikut pecacai UMNO, kerajaan PR Selangor sengaja nak bagi rakyat susah.
Susah jugak nak salahkan pecacai-pecacai ni, sebab mereka malas membaca.
Lidah rasmi 'parti keramat' mereka sendiri pun mereka malas baca, jadi mereka tak paham.
bebal.
bodoh melantun-lantun.

petikan Harian Metro 15 Jun 2012
Tajuk dalam Harian Metro, SYABAS tuntut RM1.05Billion dari kerajaan Selangor.
Sebab kerajaan Selangor sekarang tidak bersetuju dengan pelarasan(sebut kenaikan) tarif air yang ditandatangani pada 15 Disember 2004.2004 siapa yang perintah Selangor?
kerajaan PR Selangor mewarisi tahi yang diberak kerajaan BN Selangor dulu.




petikan Harian Metro 15 Jun 2012
pelarasan.
pelarasan inilah sebenarnya yang tidak dipersetujui kerajaan PR Selangor.
kadar sedia ada RM1.39 per meter cube.
kalau ikut kadar yang dipersetujui oleh SYABAS, Kerajaan Malaysia dan Kerajaan BN Selangor pada 15 Disember 2004, kadar yang sepatutnya ialah RM1.89 per meter cube.naik 36% untuk tempoh 1 Januari 2009 hingga 31 Disember 2011.
Jika Selangor masih diperintah BN, kadar RM1.89 per meter cube inilah yang ditanggung rakyat Selangor sekarang.
ingat, kadar ini sehingga 31 Disember 2011.sekarang 2012.berapa pula pelarasannya jika Selangor masih diperintah BN?
dan SYABAS menuntut kadar ini ditanggug oleh kerajaan PR Selangor.


Bil air (SYABAS) rumah saya
ini pula bil air (SYABAS) rumah saya.kadar sekarang RM0.57 per metercube untuk 20 metercube pertama.
dan RM1.03 untuk selebihnya.ini kadar di Kuala Lumpur.di Selangor biarlah rakyat Selangor yang jawab.
yang pasti 20 metercube pertama adalah PERCUMA.




petikan Berita Harian 15 Jun 2012


Tajuk dalam Berita Harian lagilah berniat jahat.
tapi awal-awal dah kantoi.
dekat tajuk kerajaan PKR Selangor.
perenggan dua, perjanjian konsesi bertarikh 15 Disember 2004.
kepala bana manalah yang sign agreement ini? 

baca berita penuh di -----> Harian Metro
dan di -------> Berita Harian



Aku tak pelik Menteri-Menteri UMNO mempertahankan SYABAS dalam isu ini.
sebab antara mereka mengaut untung melalui konsesi 30 tahun ini.
bukan kecik anak punya untung, makan 7 keturunan pun tak abis.
dalam 30 tahun, 2009 sampai 2011 saja dah naik 36%.tahun berikut-berikutnya berapa pula?
sebab tu biar hancur lumat tulang, mereka takkan mengalah.
sebab kalah ertinya masuk jail!

aku juga tak pelik dengan anjing-anjing yang dibayar RM2 untuk satu ayat, menyalak di laman-laman pro PR.sebab mereka memang ada masyuuuuk.tak buat kerja lain dah.
satu komen 2 ringgit.sehari seratus komen, dah ada RM200.dah boleh bagi anak bini makan.dah boleh tikam ekor.
anjing-anjing ni takkan kira halal haram dah.


tapi aku pelik dengan pecacai yang tak dapat apa-apa ni.
apa yang mereka perjuangkan?
aku memang kesian dengan golongan yang ini.
nak kata dapat naik bas rombongan pergi PWTC atau Stadium Bukit Jalil, rasanya tak sebab makcik-makcik Felda ja selalu dapat.
nak kata dapat T-shirt dan duit kopi RM20, rasanya tak sebab budak-budak PEKIDA yang selalu dapat.
kesian-kesian..


Thursday, 14 June 2012

DANIYAR NAVARBAYEV - bakal menantu daddy

'hal ini sengaja diperbesarkan'
'ini bukan hal serius'
'botol mineral dan garam juga boleh menumbangkan kerajaan'

apa lagi dialog bodoh dari barisan menteri UMNO?





hanya satu perkataan,
.
.
.
.
.
.
.
.
PUNDEK!
itu yang selayaknya buat mereka.

Tuesday, 12 June 2012

Calvary Convention Centre - Largest Church in Asia

CCC - Target completion 16 August 2012
cerita tentang CALVARY CONVENTION CENTRE (CCC) ini memang sudah lama kita dengar.
projek bernilai ratusan juta ringgit ini telah dimulakan oleh NAM FATT GROUP sejak awal 2008, ketika zaman peralihan kerajaan Selangor.
kos pembinaan CCC dikatakan melebihi RM100 Juta tidak termasuk kos tanahnya RM35 Juta.
berbentuk bahtera (mirip yang terdapat dalam filem 2012).ada juga yang kata berbentuk Mumia Firaun.
terletak di Bukit Jalil, kurang 3km dari Stadium Nasional Bukit Jalil.
daripada banner yang digantung di tapak projek ini, tarikh jangkaan siap ialah pada 16 Ogos 2012.

apabila siap kelak, CCC merupakan gereja yang terbesar di Asia.
dan kelengkapannya diiktiraf yang paling canggih di dunia, mengalahkan Vatican City di Rome.


saya shoot dari Shell berhadapan dengan CCC

saya tidak mahu bercakap tentang unsur-unsur Freemason yang terdapat pada binaan ini, anda boleh google sendiri.
saya juga tidak mempersoalkan kebebasan beragama di Malaysia.

cuma saya musykil,
apa perlunya sebuah gereja yang terbesar di Asia, dan paling canggih di dunia dibina di Malaysia sedangkan penganut kristian di sini kurang 10% dari populasi rakyat?

renung-renungkan perancangan mereka disini..
dan fikirkan, untuk siapa sebenarnya Malaysia ini dibina oleh regim Barisan Nasional


misi CCC di Malaysia
  • To be an inspiration and to benefit all in Malaysia and beyond
  • To be a dynamic and positive influence in our society
  • To care and to share with those who are without hope
  • To equip and train those who desire to serve and help others
  • To declare God’s love and His faithfulness to mankind
 untuk maklumat lanjut, sila ke -----> official website CCC
 dan progress pembinaannya di sini------> update CCC

Monday, 11 June 2012

Shabery Cheek, menteri sombong

"saya memohon maaf.kami telah sedaya upaya memastikan keselamatan peserta dan pengunjung yang hadir.walaubagaimanapun, perkara ini telah terjadi.saya mohon maaf dan saya berjanji, pihak berwajib akan menjalankan siasatan menyeluruh tentang insiden ini"

susah sangat ke nak keluar ayat macam ni?
tapi yang keluar dari mulut menteri ini,'keluarga mereka faham sekiranya anak-anak mereka tidak hadir ke acara itu, mereka mungkin ke tempat lain dan mungkin menghadapi insiden lain pula'


sumber : Malaysiakini, 11 Jun 2012

pakcik Shabery, ingat sikit.awak ada keluarga.bila kena atas batang hidung sendiri, baru awak tahu rasa.
bagaimana bila ada yang kata pada pakcik,

'ala pakcik, kalau bukan dengan saya pun anak pakcik mengandung jugak dengan lelaki lain'

'bukan salah kami.dah bini pakcik ada dkt situ, kami nak buat macamana?'

'kalau bukan sebab saya pun mungkin perkara sama jugak jadi kat anak pakcik'

'kenapa saya nak mintak maaf? dia yang rela.saya bedal aje'




ingat-ingat la pakcik ye.otak tu guna..
ada rupa.tak mcm bapak dia.acu try test :)
sumber : album kenduri kawen

Thursday, 7 June 2012

PEMBEKUAN PTPTN keatas pelajar UNISEL.politik cara UMNO.

HARI-HARI TERAKHIR SEEKOR UMNO

setelah warga peneroka ditipu hidup-hidup,
kini mahasiswa pula menjadi mangsa.
pelajar baru UNISEL, dan kemungkinan menyusul kepada KUIS pula.
UMNO yang telah putus urat merih masih belum mengalah.
dihamburkan segala busuk pekung yang tersimpan membusung sekian lama. 

supaya tercatat dalam sejarah nanti,
dahulu ada satu regime.
yang kerjanya memeras rakyat Malaysia.


sumber Bernama
 Muhyiddin kata nak uji dasar pendidikan percuma PR.
dia terlupa PR masih belum menguasai Putrajaya.
dia terlupa yang pendidikan percuma adalah bidang kuasa dia sekarang.
dia terlupa yang Selangor, negeri terkaya di Asia Tenggara adalah penyumbang terbesar pendapatan kerajaan pusat.
Apakata Selangor, berhentilah membayar untuk kerajaan pusat.
Dan buktikan Selangor boleh bagi pendidikan percuma.

sumber Malaysiakini
Noh Omar.
Ini orang, busuk punya orang.
ingat dia punya muka, mau makan pun hilang selera.
ingat keruh muka dia, mau tidur hilang lena.
Hoi YB(Yang Bangsat)! towkey Sekinchan Ikan Bakar apa khabar?
kesian dia, hang memang buat naya dia.



kata-kata terakhir untuk Noh Omar
.
.
.
.
.
.
.
P.U.N.D.E.K
PUNDEK!
itu yang selayaknya

Tuesday, 5 June 2012

NAJIB KETUA PEMBANGKANG SELEPAS PRU13?

adakah tajuk seperti ini satu provokasi?
sejauh mana kesahihan sesebuah berita yang meletakkan 'tandasoal' dihujung ayatnya?
layakkah satu persoalan (?) menjadi satu berita?
saya tak pernah ke bengkel penulisan.atau menghadiri apa-apa seminar menulis berita.
atau mengambil kursus kewartawanan.
tapi pada saya berita sebegini langsung tak layak jadi berita.
ini seperti jalan selamat menulis suatu yang tidak benar dan mengelak disaman.
apatah lagi menjadi tajuk utama muka hadapan ------>MELOYA 5 JUN 2012 


tapi bila pikir tentang UMNO, semua pun depa langgar.
takde yang pelik bila ada UMNO dibelakangnya.



kejayaan perhimpunan Hijau Ke Putrajaya tempohari akan membuatkan media milik UMNO semakin giat menyerang PAS.

Begitu juga kejayaan Nizar memenangi hati rakyat Perak.
Begitu juga kelantangan Azmin mengkucar-kacirkan MP UMNO di Parlimen.
Begitu juga kejayaan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang.

Peluru-peluru terakhir UMNO akan bertaburan setiap hari, sehingga nafas terakhir UMNO.
tak lama lagi...


Kuiz Dik Cerdas.
berapa orangkah yang sedang berdemo?



jawapan:
9 ekor baghal orang shj.


satu perkataan.
.
.
.
.
.
.
.
PUNDEK!
itu yang selayaknya.

Friday, 1 June 2012

CABARAN NAJIB DISAHUT PAS.amacam?

ketika perhimpunan Gelombang Merah di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan lalu, Perdana Menteri terlalu suka hati melihat stadium penuh dengan lautan manusia berbaju merah.samada beliau sedar atau tidak yang lebih 2800 buah bas telah digunakan untuk mengangkut belia-belia dari seluruh negara untuk memenuhi stadium pada malam itu.
dan ketika pulang, 3 buah bas telah terbabit kemalangan.

kerana terlalu suka hati, Najib telah mencabar pihak pembangkang mengadakan perhimpunan yang mampu mengumpul jumlah kehadiran yang sama.

Nah! malam ini, 1 Jun 2012.
bertempat di Stadium Alor Setar, Kedah.
PAS telah menyahut cabaran Najib dengan jayanya.
Himpunan Hijau Ke Putrajaya 3.
saksikanlah wahai Perdana Menteri Malaysia.
 dan tidak seorang pun yang hadir ini diberi duit poket untuk hadir.
lagi gambar di SINI

.
.
.
.
.
tentang pengisian rohani.
Menteri Mulut Berbuih UMNO bercakap tentang pengisian rohani ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya.
bandingkan pengisian rohani cara UMNO, dengan cara PAS.
bandingkan...


Thursday, 31 May 2012

ALI TINJU - yang penting, masyukkkkk!

Kalau berjuang demi UMNO, tak sah kalau tiada imbuhan.
kalau tak dapat, pecacai-pecacai ini takkan segan silu untuk mintak.
kalau tak dapat jugak, jadilah seperti Zamhuri anak Pak Bedui ni ----> clip Youtube




petikan berita Malaysiakini, 31 Mei 2012



hanya satu perkataan untuk Datuk(beli punyer) Mohd Ali Baharom,
.
.
.
.
.
.
.
.
.
PUNDEK!
itu yang selayaknya.

Wednesday, 30 May 2012

DS NIZAR VS SULTAN IBRAHIM VS WWW1

KEPADA PEJUANG-PEJUANG PAS.
DS Nizar ini calon Perdana Menteri Malaysia.
Sila jaga sebaik mungkin.


pejuang rakyat tak pernah gentar 


satu sen duit rakyat tak pernah guna.
beta bekerja sebagai _______________,
dan menerima gaji bulanan sebanyak ______________.
pembaca budiman, sila isi tempat kosong.



Andai ayahanda masih hidup, pasti tanah ini dipertahankan.



Asal ada peluang masuk TV, kami mesti pilih!
yang penting ada masyukkkk..


saya hanya 'kaki tangan'.memang tak pakai akai.
jangan marah naa...



Melayu boleh hidup senang di London.
Melayu boleh hidup mewah di Australia.
Sana mana ada Sultan.mana ada Raja.
yang ada cuma pemerintah yang mengikut undang-undang.

Tuesday, 29 May 2012

PROJEK LEBUHRAYA RAKYAT PAS KELANTAN -apa kata UMNO


Projek ini memang sukar dilaksanakan.lebih-lebih lagi dalam keadaan kerajaan PAS Kelantan dilayan seperti anak kecil yang diikat tangan dan kaki dan dihumban ke dalam sungai.
tapi aku percaya, seluruh rakyat Kelantan menyokong penuh usaha kerajaan PAS Kelantan untuk kebajikan   seluruh rakyat Kelantan.

Apa pula kata menteri UMNO?



 arkib UTUSAN

tapi memang tidak meghairankan.kalau ikut kata menteri-menteri UMNO, usaha untuk kebajikan rakyat semua tak boleh.
mansuh PTPTN tak boleh.
pendidikan percuma tak boleh.
hapus IPP tak boleh.

APA PUN TAK BOLEH!




menyokong penuh usaha penuh liku ini.