BANGKIT!!!

duduk diam takkan mengubah apa-apa.
berdekad-dekad duduk diam, sudah-sudahlaa..
bukan angkat senjata, tapi julang maruah kita.
yang selama ini dihinjak penguasa.

Monday, 25 June 2012

Ustaz Don, Ustaz Azhar Idrus dan Dr MAZA musuh UMNO?

Tajuk dengan 'tandasoal' dihujung ayat memang gemar digunakan oleh Utusan Melayu No Otak (UMNO)
Rujuklah semua blog pro-BN
takkan ada satu pun yang memuji transformasi anak muda oleh ustaz-ustaz ini.
semua dituduh sesat lagi menyesatkan.


lihat saja Ustaz Azhar Idrus, bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepadanya.
sedangkan kita sendiri mampu meluhat sumbangan beliau dalam membawa anak-anak muda mendekatkan diri dengan masjid dan diskusi agama.

sumber KelantanTV


Lihat pula Ustaz Don Daniyal.
berjaya memujuk anak-anak kecil belajar asas agama melalui penyampaian beliau.
tapi puak UMNO tak senang dengan kemunculan ustaz-ustaz begini.
kerana mereka sudah cukup sedar yang mereka sesat.
cuma godaan dunia gula-gula UMNO memaksa mereka membutakan hati mereka untuk menjulang kebenaran.
sumber KelantanTV


Berbeza dengan Ustaz Mohd. Asri Zainul Abidin (Dr. MAZA)
pandangan puak UMNO tentang beliau berbeza-beza mengikut pendapat yang beliau utarakan.
kalau pandangan beliau nampak pro-BN, maka habislah dijaja hingga ke Buletin Utama.
diletakkan di 'frontpage' Utusan Melayu.
bila pandangan beliau ampak pro-PR, maka terus beliau dijatuhi hukuman 'sesat'.
begitulah peel puak-puak UMNO yang berjuang demi perut.

sumber ADDIN
Ustaz-ustaz ini dimusuhi UMNO kerana hubungan mereka dengan seorang yang mereka gelar 'bapak Kafir'
sedangkan mereka sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri.



Teringat cerita seorang muallaf, pilot yang membawa jenazah Ustaz Fadzil Noor.
sepanjang penerbangan, awan mendung berarak melindungi pesawat.
dan lautan manusia berarak mengiringi jenazah.
keranda di'pass'kan dari tangan ke tangan sehingga ke liang lahad.
Subhanallah..

No comments: